Syarikat Kami

Tentang Kami

Workwell Asia Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milik bumiputra yang bertapak di Kota Bharu Kelantan. Workwell Asia Sdn. Bhd. menyediakan perkhidmatan latihan, konsultasi, bisnes solusi dan telekomunikasi kepada pengusaha-pengusaha kecil, sederhana. Workwell Asia Sdn. Bhd. bermula pada tahun 2018 iaitu dengan menjalankan bidang utama perniagaan sebagai penyedia latihan, bimbingan dan perunding serta menyediakan dan memasarkan produk dan perkhidmatan. Selain itu, kami membantu usahawan dalam mengadaptasikan teknologi digital ke dalam perniagaan terutama dalam "Digital Marketing" seperti media sosial, "e-commerce", "marketplace" dan sebagainya.
Image

Penggabungan Syarikat

Pada tahun 2022 Workwell Asia Sdn Bhd (WASB) melebarkan sayap dengan gabungan bersama dengan ZH Maju Group Sdn Bhd sebagai sebuah anak syarikat. Setelah penggabungan berjaya bisnes utama WASB kini memfokuskan 3 bidang utama iaitu “training & consultancy, telecommunication & digital business solutions.” WASB juga merupakan sebuah syarikat yang berstatus sosial enterprise (SE Basic) dengan ini WASB memberi tumpuan untuk memberi kesan terhadap pembangunan ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan intipati keusahawanan dalam perniagaan yang secara langsung atau tidak langsung khusus untuk kumpulan B40. 

Teras Utama Syarikat

WASB menyediakan perkhidmatan ‘training & consultant’ dengan mempraktikkan kandungan latihan khusus bila perlu (on demand) mengikut kesesuaian perkembangan teknologi semasa. Teras bisnes kedua WASB adalah berkaitan dengan telekomunikasi iaitu menyediakan perkhidmatan solusi bisnes dengan menjadi pembekal "Digi Business Solution" di Pantai Timur yang membantu pihak kerajaan, agensi, swasta dan usahawan bagi mendapatkan kemudahan komunikasi yang terbaik untuk perniagaan mereka. Selain daripada itu, WASB menyediakan perkhidmatan dan jualan bagi produk "digital business solution" seperti pos system, e-commerce (avana) dan pelbagai lagi produk berteraskan teknologi.
Image
Image

Visi

Untuk menjadi komuniti pendigitalan yang dipercayai dalam pembekalan teknologi di Pantai Timur Malaysia

Misi

  • Melahirkan usahawan yang progresif seiring dengan perkembangan teknologi
  • Membentuk masyarakat yang intelek, kreatif & inovatif
  • Untuk menjadikan teknologi digital & komunikasi sebagai komponen teras dalam sektor pendidikan, awam & swasta
  • Untuk menyokong UN SDG 8 -kerja yang baik & Pertumbuhan Ekonomi
Image
Image

Nilai

W - Wisdom
A - Authentic
S - Secure
B - Believe

Kenali Team Workwell

Image

Ts. Mohd Farhannuden bin Mohd Nasir

Ts. Mohd Farhanudden merupakan Pengarah Urusan Syarikat ZH Maju Group Sdn. Bhd. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan lebih daripada 5 tahun. Beliau merupakan Eksekutif Teknologi Maklumat yang berpengalaman dalam industri perisian komputer dan juga mahir dalam Facebook App, MSQL, PHP Language, Joomla dan Drupal. Beliau merupakan graduan daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam bidang Pengurusan Projek Profesional. Antara sumbangan beliau adalah dalam Kursus Pembangunan Laman Web Joomla Pejabat Perancang Bandar dan Desa Negeri Kelantan.

Ab. Aziz bin Abu Bakar

Ab Aziz bin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai BizCoach Ab Aziz ialah Jurulatih Perniagaan Profesional yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan Antarabangsa dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 2005 dan memegang Diploma Keusahawanan Digital Tahap 3, Learning Resource Network (LRN), UK pada tahun 2022. Beliau mula menceburi dunia perniagaan dan korporat dengan pelbagai industri dan mempunyai lebih 10 tahun pengalaman bekerja di sektor swasta. Beliau kini adalah Pengarah Urusan Workwell Asia Sdn Bhd dan Pengasas Ar Rayyan Consultancy dan Perkhidmatan dan Pemasaran Ar Rayyan. Beliau juga memegang sijil Jurulatih Perniagaan Profesional Pengamal (CPBC 0006), Jurulatih Diperakui HRDCorp, Diperakui Yayasan IR4WRD Jurulatih, Jurulatih Sarjana Bertauliah eUsahawan, Jurulatih Sarjana Bertauliah eUsahawan untuk Kemahiran Digital dengan Google.
Image
Image
Image
Image

Amilin Furzaini

Head of Administrator & Human Resources

Muhamad Afif Muhaimin

Head of Media & Creative

Nurul Emalin

Head of Business Development
Image
Image
Image

Wan Nur Syukrini

Internship Student

Mohamad Aiman Aiqal

Internship Student

Tuan Muhamad Irfan

Internship Student

Workwell Asia Sdn. Bhd.

Pt 2503, Tingkat 2, Jalan Hospital, Taman Kenangan, 15200 Kota Bharu, Kelantan